Tuesday, 2 August 2016

BEAUFORT MY KAMPUNG...








www.beaufortsc.org




"AMBUYAT"......


Ambuyat.Siapa yang tahu apa itu ambuyat? 

Ambuyat ni merupakan makanan tradisional bagi suku kaum brunei dan bisaya di sini..ambuyat bewarna putih cair dan tekstur seperti gam.

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut. ( sumber: wikipedia )

Ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi..paling best makan dengan ikan bakar, ikan rebus, ulam-ulaman dan yang penting adalah cicahan ambuyat ni..ada yang cicah dengan kuah sardin dalam tin yang dicampur dengan belacan, cili padi dan bawang merah..cicah terpulang pada kesukaan masing-masing. 

Kalau makan ramai-ramai memang best dan berebut-rebut..hihi..




http://dapurjirankuberasap.blogspot.my/2015/01/makanan-etnik-sabah-ambuyat.html



 PERCUTIAN KE RANAU SABAH.....!!!! ARAMAITI....

Tempat -tempat yang saya bagi ni, wajib untuk anda lawati ketika berada di Ranau, Sabah


DESA CATTLE KUNDASANG


Dikenali sebagai litte New Zealand, pemandangan cantik & tak menyesal datang sini.




KUNDASANG WAR MEMORIAL PARK

Taman ini berdekatan dengan Desa Cattle, so boleh la singgah ye...





NUNUK RAGANG

Nunuk Ragang ialah "Pohon Ara berwarna merah", tempat ni antara tempat yang menarik dilawati.


KOLAM AIR PANAS PORING



LADANG TEH SABAH




http://ww2.sabah.gov.my/pd.rnu/ladangtea_sabah.html

Monday, 1 August 2016



"UNDUK NGADAU"


Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.




Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.


Ratu “Unduk Ngadau Kaamatan”, yang mendapat inspirasi dari legenda “Huminundun” (bermaksud “yang berkorban”) akan seterusnya menjadi satu “icon” kebanggaan Negeri Sabah secara keseluruhanya. Jika tradisi budaya Kadazandusun diteliti, gadis Kadazandusun yang bergelar “Unduk Ngadau” ini merupakan “kombura tolundu”, gadis yang “outstanding” di kalangan ribuan gadis atau wanita Kadazandusun. Sebenarnya “Unduk Ngadau”itu berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Ia menggambarkan ciri-ciri seorang gadis jati Kadazandusun yang terserlah kejelitaan, keayuan, kesopanan, kecerdasan, kemuliaan, kekudusannya yang dilihat sebagai “role model” (idola) dan sumber harapan kepada komuniti Kadazandusun secara keseluruhannya. Sesungguhnya, maksud tersirat di sebalik “Unduk Ngadau” itu adalah sama signifikannya dengan gelaran “Huguan Siou” kerana kedua-duanya dilihat sebagai “icon”, idola dan sumber kekuatan masyarakat kadazandusun.

http://kdca.org.my/archives/105


Sekian mengenai "Si Ratu Cantik Sabah"........

"ULUN TOKOU" BISAYA BAI NI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Ramai yang tak tahu perihal asal usul kaum bisaya di Sabah kan...

Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Lun Bawang/Lun Dayeh , Dusun, dan Murut.

Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, Malaysia sahaja.

Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).

Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.

Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Bisai Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Dan setengah pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan "Ma Bisa" iaitu bermaksud bisa yang dikaitankan dengan ilmu sihir atau perubatan yang biasanya diamalkan oleh suku kaum ini pada ketika itu.Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.Sama ada perkataan Bisaya itu berasal dari perkataan "Bisai Iya","Ma Bisa" dan "Bisa Iya" tiada kesahihan secara bertulis.

Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Śrīvijaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.

Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bisaya